LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI
Lagu Persatuan Pandu Puteri
Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.
Uniform Pandu Puteri Tunas

Ahli Persatuan Pandu Puteri perlu mengutamakan kebersihan diri dan pakaian seragam mereka. Solekan muka dan diri dikurangkan seperti ketetapan pakaian seragam organisasi lain, gaya rambut perlu kemas seperti yang panjang perlu didandan ataupun diikat supaya tidak terurai terutama semasa memakai topi, kep ataupun tudung. Pakaian seragam perlu sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih, termasuk kasut yang dipakai dan lencana-lencana perlu bergilap supaya berkilat. Hanya lencana dan kepanduan yang sah sahaja dibenarkan pakai bersama-sama pakaian seragam. Apabila lebih daripada satu anugerah kepanduan diterima, hanya anugerah yang tertinggi sahaja dipakai dengan pakaian seragam. Pemakaian perhiasan seperti barang kemas tidak dibenarkan kecuali cincin kahwin ataupun pertunangan bagi orang dewasa dan jam tangan dengan pengikat yang biasa sahaja bagi remaja.
Setiap ahli perlu mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia termasuk stail atau potongan. Baju yang ditetapkan dalam majlis rasmi adalah baju lengan panjang dan tidak boleh digayakan seperti lengan berkedut di bahu. Manakala fesyen seluar yang ditetapkan bagi pakaian rasmi adalah jenis seluar potongan lurus. Versi lain seperti seluar kembang (carrot top ataupun bell top) tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, pemakaian seluar jeans denim dibenarkan dengan kemeja-t semasa perkhemahan dan semasa melakukan aktiviti lasak.
Buku log pandu puteri tunas
- 1. BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS
- 2. Pengenalan:Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Iamerupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas.Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan danpengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakanrakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. AhliPandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahamanterhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakarangrafik atau bantuan visual. (1) Jenis-jenis Buku Log (a) Buku Log Peribadi Buku Log ini mengandungi: • Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan • Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat) • Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat) (b) Buku Log Kemajuan Buku Log ini mengandungi: (i) Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas (ii)Laporan Lencana kecekapan (c) Buku Log Acara Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai Contoh acara adalah seperti: (i) Perkhemahan/ Cuti pasukan (ii) Khidmat (iii) Lain-lain projek (2) Ciri-Ciri Buku Log Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pastikan: (a) Bahan-bahan disusun kemas (b) Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat (c) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan (d) Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan (e) Keaslian dan kreativiti amat digalakkan
Versi Bahasa Melayu
Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;�
Kebebasan kita tepati,�
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,�
kita beri, yang terdaya.
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;�
Kebebasan kita tepati,�
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,�
kita beri, yang terdaya.
English Version
Our way is clear as we march on,
And see our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.
Shall sing our song.
All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give
And see our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.
Shall sing our song.
All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give
SEJARAH PANDU PUTERI
Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916. Pusat pentadbiranPersatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.
Secara keseluruhannya Pandu Puteri mempunyai 3 tahap.
i) Tunas Puteri (Pandu Puteri Tunas)
ii) Pandu Puteri
iii) Renjer Puteri
Secara keseluruhannya Pandu Puteri mempunyai 3 tahap.
i) Tunas Puteri (Pandu Puteri Tunas)
ii) Pandu Puteri
iii) Renjer Puteri
i) Tunas Puteri (Pandu Puteri Tunas)
Dahulunya dikenali sebagai Tunas Puteri tapi sekarang ia sudah ditukar kepada Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh pelajar perempuan berumur 7 - 12 tahun sahaja.
Pakaian Pandu Puteri Tunas
- Kemeja hijau berlengan panjang
- Seluar panjang biru tua
- Skaf (berwarna coklat)
- Lambang kumpulan
- Lambang Negeri
- Woggle
- Lencana dunia
- `Shoulder Flashes'
- Stoking hitam
- Kasut hitam
- Tudung hitam
ii) Pandu Puteri
Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja.
Cogan Kata/Motto
"SELALU SEDIA"
Keahlian
- Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga 15 tahun.
- Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.
Pasukan Pandu Puteri Remaja
- Jumlah ahli yang maksimum bagi sesuatu Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah 36 orang dan jumlah minimum pula ialah 16 orang.
- Tiap-tiap satu Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kapten dan seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan.
- Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah hendaklah disahkan dahulu oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan dengan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dipenuhi dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya.
- Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun.
Persetiaan Pandu Puteri Remaja
"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja"
Undang-Undang Pandu Puteri
- Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai.
- Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia.
- Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.
- Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain.
- Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.
- Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar.
- Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah
- Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan.
- Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat.
- Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Hormat Pandu Puteri Remaja
Tiga jari tangan ditegakkan, ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi.
Pakaian Seragam Pandu Puteri Remaja
- Baju kemeja berwarna hijau
- Skaf (berwarna kuning)
- Jata Negeri
- Woggle
- `Shoulder Flashes'
- Lambang Kumpulan
- Lencana Dunia
- Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja
- Seluar panjang biru tua
- Stoking hitam
- Kasut hitam
- Tudung hitam
iii) Renjer Puteri
Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.
Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.
UNIT PANDU PUTERI RENJER
Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.
Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.
PERSETIAAN PANDU PUTERI RENJER
"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa, dan,
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."
UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI RENJER
UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI RENJER
- Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.
- Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.
- Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
- Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan.
- Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
- Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
PAKAIAN PANDU PUTERI RENJER
- Baju kemeja hijau berlengan panjang
- Skaf berwarna biru tua
- Jata Negeri
- Woggle
- `Shoulder Flashes'
- Lencana Dunia
- Lencana Pelantikan Pandu Puteri Renjer
- Seluar panjang biru tua
- Stoking hitam
- Kasut hitam
- Tudung hitam
No comments:
Post a Comment